Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ..
AhLan Wa SahLan ! SaLam UkhWah !

Friday, May 24, 2013

zikirullah selalu ,, hati jadi tenang .. ^__^

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ... 

hari ni ana nk kongsi sikit ilmu yg ana cedok dari seorg kakak kenalan ana di fb ,, perkongsian hari ni ttg tahap zikir .....

terdapat 4 tahap zikir ::


1)Zikir GHAFLAH


Di peringkat zikir ini,ruang hati orang yang berzikir, masih dipenuhi perkara-perkara lain daripada Allah. Sebab itu hatinya digelar sebagai hati yang ghaflah. Ghaflah maksudnya 'lalai'.Bagaimanapun,kita tidak akan tahu dan faham maksud lalai selagi kita tidak dikurniakan oleh Allah dengan dihilangkan lalai itu dari ruang hati kita. Dikatakan bahawa 'siapa yang tidak merasa,dia tidak akan tahu'.


2)Zikir YAQAZAH


Diperingkat ini dengan rahmat Allah, hati orang yang berzikir telah ditukarkan dari ghaflah dan yaqazah. Yaqazah bermaksud 'sedar' atau 'jaga'. Untuk mudah kita fahami maksud yaqazah, sesetengah ulama membuat misal antara seorang yang tidur dan seorang yang jaga. Keadaan seseorang yang tidur nyenyak itu adalah ghaflah.Manakala seseorang yang terjaga dari tidur itu adalah gambaran yaqazah hati. Maksudnya,apabila hati itu berada dalam keadaan yaqazah maka hati dapat memahami apa yang tidak dapat difahamai semasa dalam keadaan ghaflah.


3)Zikir HUDUR


Maksudnya,hati terlalu kuat ingatan kepada Allah. Allah sahaja yang menarik perhatian hati. Ruang-ruang hati dipenuhi dengan Allah. Hati juga tertarik semata-mata kepada Allah dan keredhaanNya.Seolah-olah hati telah terlepas dari pengaruh makhluk dan menjadi merdeka sebagai hamba Allah sahaja.


4) Zikir GHAiBAH


Maksudnya,yang lain daripada Allah akan hilang dari ingatan,Allah sahaja yang diingat. inilah keadaan hati yang berada dalam keadaan fana' (membaiki hati,membersihkan hati atau mendekatkan diri dengan Allah)




Setakat manakah tahap zikrullah kita pada Allah?Mudah-mudahan kita mampu mencapai tahap yang tertinggi dalam setiap aspek ibadah, insyaAllah....


semoga bermanfaat ! selamat beramal !

No comments:

Post a Comment