Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ..
AhLan Wa SahLan ! SaLam UkhWah !

Wednesday, May 29, 2013

AhLaN Wa SaHLaN MohamAd Zaim ! ^__^

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,, 

ana nak kongsi cite ni ,, ana dapat sepupu baru ..
alhamdulillah ,, 18 mei yg lalu mak saudara ana selamat melahirkan cahaya mata kedua,, seorang mujahid yg diberi nama Mohamad Zaim bin Mohamad Izzad ,, seberat 2.9kg ,, alhamdulillah semua berjalan lancar ,, walaupun masa kelahiran ni ana kt sekolah ,, huhuhu,, ana x ketinggalan utk mendapatkan perkhabaran baik ini,, segala puji di panjatkan kepada ALLAH swt ,, ^_^
begitu indah ciptaan ALLAH ,, PERFECT ! 
mohamad zaim bin mohamad izzad 
patah tumbuh , hilang berganti ,,, pemergian arwah tok sedare ana tahun lalu , ALLAH gantikan dengan kelahiran Zaim ,, ana dapat lihat sinar bahagia dalam rumah mereka ,, alhamdulillah ,, syukur ,, ^__^



Zaim kena tahan kt wad sebab kuning ,, huhu ,, sian ,, ana di fahamkan Zaim masa ni baru berusia 3 hari
rasa nye ,, baru semalam ana sempat menziarah Zaim ,, huhuhu,, ana ni walaupun duk sebelah rumah je ,, tapi kekadang tu berat jugak kaki ni berjalan ke sebelah ,, huhu ,, alhamdulillah ,, mase ana ziarah zaim semalam ,, kuning dier dh hilang sikit2 dh ,, alhamdulillah ,,

satu yg ana suke ngn dak Zaim nih ,, dier baik,, x banyak meragam ,, x menyusahkn mama dier ,, alhamdulillah ,, untunglah mama dier ,, semoga akan teus jadi anak yg baik ye Im ,, :) 

ana x tau kenapa ,, ana excited sangat mase jumpe Zaim nih ,, mula2 tu ana tgk dr jauh je ,, huhu,, wat lawak je ,,sedaya upaya ana control diri dari perasaan excited tu,, huhu,, ana geram sangat nk gendong Zaim ,,
tapi ,, ana tahan dulu perasaan tu ,, sabar jap ,, ana join adik2 praktis men kompang ,,, 

tada ! masa yg di tunggu2 sudah tiba ,, ana pun pergi kat Zaim ,, dan ,, ana pun bagi salam kat dier .,, hihi ,, dah jadi kebiasaan ,, jumpe baby mesti ana bagi salam ,,  

best dapat gendong baby,, ana rasa lain sangat time gendong baby ,, 1st time gendong baby yg usia x sampai 1 bulan ,, perasaan yg sukar ana tafsirkan ..teringat ana satu hadis yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari r.a , masa baby dalam ribaan kita ,,baca doa ni "Ya ALLAH ya Tuhanku,, kurniakanlah kasih sayangMu kepadanya , kerana sesungguhnya aku menyayanginya"

hah ,, lagi satu ,, antum perasan x masa kita cium baby ,, kita dapat bau wangian dari baby tu ,, bau wangi baby tu lain sgt ,,bau wangi tu mendamaikan ,, ana baru perasan masa ana cium Zaim ,, ana pun rujuklah kat sahabat ana ni ,, beliau pun cakap kat ana ..

nak tau tu bau wangian apa? 

Dalam hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Imam Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW pernah bersabda : "Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga"

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani : Rasulullah SAW pernah bersabda: "Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA"
Allah Allah Allah... Indahnya ciptaan-MU ini.

sahabat ana ni pun cakap ,, bau wangi tu lama kelamaan akan hilang ila baby tu dh besar dari bulan ke bulan ,, ALLAHU RABBI ,, 

SPEECHLESS !! 
subhanALLAH ,, Sungguh hebat ALLAH ! tiada apa yg mampu menandingi kehebatanNYA .. sungguh ,, ana bener2 kehilangan kata saat mengetahui bau wangi dari baby tu adlah wangian dari syurga ,, 

huhuhu ,, sempat lagi nak posing .. ^_^



baru balik hospital kot ,, sedap nye dier tidur

zaim ,, akak berdoa semoga Zaim menjadi anak yg soleh ,, semoga suatu masa nanti Zaim tergolong dalam golongan mereka yg berjihad memperjuangkan agama ,, ^_^ jadilah hamba ALLAH yg memberi manfaat utk semua sayang.. 
nama kamek Zaim .. ^_^
sekian dulu .. :) 



Saturday, May 25, 2013

sepetang bersama mereka ~~ ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ... ^_^

ana nak kongsi sikit .... ^__^

pemandangan dari Taman Panorama Benak


hobi kami ,, menikmati dan menghayati keindahan alam ciptaan ALLAH swt .. 
terima kasih utk abang senior yg sudi jadi photographer kami petang Jumaat lepas ,, Brother Wan & Brother Yan ... ^_^

Taman Panorama Benak terletak di tengah2 bandar Sri Aman ,, betol2 kt tebingan sungai Batang Lupar ,, sesiapa yg datang ke Sri Aman ,, meh la singgah kt sini ,, x perlu tunggu Pesta Benak kalo nak tengok benak sebab hari2 ada benak ,, ^_^

photographer ana ,, Brother Wan & Brother Yan  ^_^

maaf ye dah menyusahkan ,,, by the way ,, Thanks , Good Job !


^_^


^_^

ok ,, ni je buah tangan dari ana .. ^_^ 

Friday, May 24, 2013

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih. !

zikirullah selalu ,, hati jadi tenang .. ^__^

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ... 

hari ni ana nk kongsi sikit ilmu yg ana cedok dari seorg kakak kenalan ana di fb ,, perkongsian hari ni ttg tahap zikir .....

terdapat 4 tahap zikir ::


1)Zikir GHAFLAH


Di peringkat zikir ini,ruang hati orang yang berzikir, masih dipenuhi perkara-perkara lain daripada Allah. Sebab itu hatinya digelar sebagai hati yang ghaflah. Ghaflah maksudnya 'lalai'.Bagaimanapun,kita tidak akan tahu dan faham maksud lalai selagi kita tidak dikurniakan oleh Allah dengan dihilangkan lalai itu dari ruang hati kita. Dikatakan bahawa 'siapa yang tidak merasa,dia tidak akan tahu'.


2)Zikir YAQAZAH


Diperingkat ini dengan rahmat Allah, hati orang yang berzikir telah ditukarkan dari ghaflah dan yaqazah. Yaqazah bermaksud 'sedar' atau 'jaga'. Untuk mudah kita fahami maksud yaqazah, sesetengah ulama membuat misal antara seorang yang tidur dan seorang yang jaga. Keadaan seseorang yang tidur nyenyak itu adalah ghaflah.Manakala seseorang yang terjaga dari tidur itu adalah gambaran yaqazah hati. Maksudnya,apabila hati itu berada dalam keadaan yaqazah maka hati dapat memahami apa yang tidak dapat difahamai semasa dalam keadaan ghaflah.


3)Zikir HUDUR


Maksudnya,hati terlalu kuat ingatan kepada Allah. Allah sahaja yang menarik perhatian hati. Ruang-ruang hati dipenuhi dengan Allah. Hati juga tertarik semata-mata kepada Allah dan keredhaanNya.Seolah-olah hati telah terlepas dari pengaruh makhluk dan menjadi merdeka sebagai hamba Allah sahaja.


4) Zikir GHAiBAH


Maksudnya,yang lain daripada Allah akan hilang dari ingatan,Allah sahaja yang diingat. inilah keadaan hati yang berada dalam keadaan fana' (membaiki hati,membersihkan hati atau mendekatkan diri dengan Allah)




Setakat manakah tahap zikrullah kita pada Allah?Mudah-mudahan kita mampu mencapai tahap yang tertinggi dalam setiap aspek ibadah, insyaAllah....


semoga bermanfaat ! selamat beramal !

Amalan bila bayi baru lahir


Amalan bila bayi baru lahir

*take note utk bakal2 abi n umi di luar sana .. sekadar perkongsian ilmu .. ^___^ 


ana x kahwin lagi ,, tp suke nk shared mende mcm ni ,, almaklum ,, ia semakin di lupakan ,, bahkan ada yg x tahu langsung sebahagian daripada amalan bila bayi baru lahir ... :)


** Renung2kan dan selamat beramal !

1. Mengazankan dan mengiqomahkan ke telinga anak.

Azan di telinga kanannya. Iqomah di telinga kirinya. Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w.: Dari Abu Rafi’, katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. mengumandangkan azan di telinga al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya. (HR Abu Daud & At-Tarmizi).

Dari al-Hasan bin Ali dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang baru lahir itu tidak akan terkena bahaya `ummu shibyan’. `Ummu shibyan’ ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahawa ia adalah `qarinah’, iaitu jin.

Mengapa azan? Adalah wajar anak ini diazan dan diiqamatkan agar kalimah pertama yang didengarnya dan tembus ke gegendang telinganya adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandungi persaksian (syahadah) terhadap keesaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Muhamad bin Abdullah s.a.w. Anak yang baru menghirup udara dunia ini telah diajarkan dengan aqidah dan syariat Islam, sebagaimana seseorang yang akan mati diajarkan dengan kalimah tauhid `La ilaha illallah’. Agar pengaruh azan ini dapat meresap ke dalam diri anak ini.

Azan ini ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini. Azan dikumandangkan ke telinga bayi agar seruan dakwah kepada Allah dan agamanya dapat mendahului seruan jahat syaitan.

Azan dan iqomah yang diperdengarkan akan dirakam oleh bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid, syariat dan akhlak.

2. Tahnik iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma.

Caranya: Kurma yang dikunyah diletakkan di atas jari, kemudian memasukkan jari berkenaan ke dalam mulut bayi. Gerak-geraknya ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga rata.

Jika sukar untuk memperoleh kurma, boleh diganti dengan manisan lain.

Dan yang lebih utama, `tahnik’ ini hendaklah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai sifat taqwa dan soleh. Ini adalah sebagai suatu penghormatan dan harapan agar anak ini juga akan menjadi seorang yang taqwa dan soleh.

Hadis Rasulullah s.a.w. dari Abu Burdah, dari Abu Musa r.a., katanya: Aku telah dikurniakan seorang anak. Lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya dengan Ibrahim, men`tahnik’nya dengan kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudia baginda s.a.w. menyerahkannya kembali kepadaku. (HR Bukhari & Muslim)

3. Cukur semua rambut dikepala anak pada hari ketujuh kelahirannya. 

Kemudian bersedekah kepada orang-orang fakir dengan nilai perak seberat timbangan rambutnya itu.

Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan perkara ini, antaranya ialah: Dari Ja’far bin Muhamad dari ayahnya, dia berkata: Fatimah r.a. telah menimbang rambut kepala Hasan, Husin, Zainab dan Ummu Kalsom. Lalu dia sedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan. (HR Imam Malik)

Yahya bin Bakir meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyuruh agar dicukur kepala al-Hasan dan al-Husin pada hari ketujuh dari kelahiran mereka. Lalu dicukur kepala mereka, dan baginda menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan.

4. Memberi nama yang baik. 

Dari Abu Darda’ r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya pada hari kiamat nanti kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu, berilah nama yang baik untuk kamu. (HR Abu Daud)

Waktu memberi nama: Berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., ada yang menunjukkan pada hari pertama kelahirannya. Ini berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Sulaiman bin al-Mughirah dari Thabit dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Malam tadi telah lahir seorang anakku. Kemudian aku menamakannya dengan Ibrahim.

Ada juga hadis yang menunjukan pada hari ketujuh berdasarkan riwayat Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Dapat disimpulkan dari hadis-hadis berkenaan bahawa Islam memberi kelonggaran terhadap tempoh pemberian nama anak. Boleh pada hari pertama, boleh dilewatkan pada hari ketiga, dan boleh ada hari ketujuh.

5. Beraqiqah atau sembelih akikah.

Hadis Rasulullah s.a.w.: Samirah, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Berdasarkan hadis di atas dan hadis-hadis lain bahawa aqiqah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Namun begitu berdasarkan pendapat imam Malik bahawa penentuan hari ketujuh seperti yang dilihat pada zahir hadis hanyalah berbentuk anjuran sahaja.

6. Memberi ucap selamat dengan mendoakan kesejahteraan anak dan ibubapanya, serta turut sama bergembira.

Firman Allah Taala: Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang dia sedang berdiri sembahyang di mihrab (katanya), "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya.. (3:39)

Dari Abu Bakar al-Munzir, bahwa dia berkata: Telah meriwayatkan kepada kami dari al-Hasan al-Basri bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan di sisinya ada seorang lelaki yang baru dianugerahi seorang anak kecil. Lelaki itu berkata kepada orang yang mempunyai anak itu: "Selamat bagimu atas kelahiran seorang penunggang kuda." Hasan al-Basri berkata kepada lelaki itu: "Apakah kamu tahu, apakah dia seorang penunggang kuda atau penunggang keldai?" Lelaki itu bertanya: "Jadi bagaimana cara kami mengucapkannya?" Hasan al-Basri menjawab: "Katakanlah, semoga kamu diberkati di dalam apa yang diberikan kepadamu. Semoga kamu bersyukur kepada yang memberi. Semoga kamu diberi rezeki dengan kebaikannya, dan semoga dia mencapai masa balighnya."

Begitulah secara asasnya beberapa sunnah menyambut kelahiran bayi. Sunnah-sunnah ini masih belum terasa janggal untuk diamalkan kerana ramai yang beramal dengannya. Oleh itu, kita juga perlu sama-sama beramal dengannya, semoga ia menjadi sebahagian dari tahap pendidikan ke arah mewujudkan genarasi muslim yang berakhlak mulia serta bertaqwa kepada Tuhannya.


sekian , terima kasih ,, wallahu alam 

credit to : akhi mohammad syukry roslan 


Friday, May 17, 2013

pengalaman baru .....

8 Mei 2013

hari pertama masuk sekolah dan mendaftarkan diri sebagai pelajar pra u  @ tingkatan 6 sekaligus mendaftarkan diri sebagai pelajar asrama ...

perasaan ana ?? kacau ..
kacau kenapa ? kacau sbb suasana baru ,, then terpakse duk jauh dr mak abah ,,, ana ni nampak je brutal,, tp anak mak abah ni... huhuhu .. tambahan lagi ni la kali pertama ana jadi penghuni asrama.. kalo setakat pergi kem seminggu tu ana boleh lagi .. ni dup asrama utk satu jangka masa yg agak lama walopun weekend ana boleh balik rumah ,, ana rse xmampu plak ,, huhu,, suasana yg berbeza..

sekolah baru ... suasana baru ... guru2 baru,, kawan2 baru,.. senior baru ,, junior baru ,, semua baru ...
persekitaran sekolah yg agak mencabar ana sbb sekolah baru ana kedudukan geografi die atas bukit tuh ... memang mencabar ana sgt ... dgn keadaan kesihatan ana yg x berape nk mengizinkan ana utk bergerak di kwsn sekolah yg berbukit macam tu ,,al maklum,,, ana ni penhidap asma,, Allahu Rabbi ,, PENAT !!! asrama jauh gilerr .... first time pergi asrama,, ana dh semput .... aduyaii... fisrt day lagi ana dah banyak sgt mengeluh ...

jeng.. jeng..jeng.. jeng...
ana dpt kejutan semasa di asrama . guess what ?? ana xdpt katil dan tilam ...uwaaaa.. sedih ... :'(
tp Alhamdulillah,, ptg tu atas budi bicara baik mak abah ana dgn penyelia asrama,, ana dpt jugak tilam,, xdop katil xpe,, ana x kisah sgt ,, yg penting ana dpt tilam n bantal .. huhuhu..

jeng2.. time tuk berpisah ngn mak abah .. cam biase ,, ana wat muke seposen xde perasaan,, tp sebenarnye dalam hati meraung tuh x nak mak abah balik ,.... tapi ana x nak tunjuk,, xnak mak abah riso .. :') ana tanam semangat nk ngaji,, smpai lulus, then msuk u,, kerja,,jaga mak abah,, semangat nih !! nak jadi anak yg dapat bahagiakan mak abah,, ^___^  In Shaa ALLAH...

bermula dari 8 - 10 Mei 2013 orientasi dijalankan .. huhuhu 
mcm2 ana rasa,, sedih,, takut,, riso,, seram .. macam da .. 
mse orientasi ana dpt kawan baru .. ^__^  ana ni sebenarnyer bukanlah spesies yg peramah sgt,, paling pun first time nengok org tu,, ana hanya akan senyum je ,,ana suke berkawan,, cume ana ni ada sikit sifat pemalu,, tapi alhamdulillah,, ana dapat kawan jugak ,,,
satu malam orientasi tu,, kami di tugaskan utk mencipta logo kumpulan ,,, kemudian bentangkan sebab kami mencipta logo tersebut ... ^__^

tadaaa~~
semasa pembentangan,, kumpulan ana mendapat giliran yg pertama.. Alamak,,,, mati akal.. xsempat lagi nk bagi2 dgn ahli part mane yg deorg patut bentang,, alih2 ,, ana seorg yg bntangkan,, dan di bantu oleh seorg sahabat ana, Atul,, sesungguhnye,, ana memang diutarakan dgn soalan2 psikologi.. awalnyer riso jugak kut2 ana x leyh jawab kan .. tapi,, Alhamdulillah,, ana mampu menjawab semua soalan tersebut,, dan apa yg paling mengejutkan ana, ana berdebat dengan pemidato terbaik negeri sarawak.,, whoa ,,x sangka,, subhan Allah,, semua ini dgn izinNya,, ^__^ 

pada malam penutupnye,, ana dipilih sebagai pelajar asrama (perempuan) terbaik sepanjang orientasi,, x tahu pulak sepanjang orientasi tu sikap dan kelakuan ana dinilai oleh ketua pengawas,,, ^__^

huhu,, gini lah sedikit sebanyak perkongsian ana utk pengalaman baru ... ^___^


Thursday, May 2, 2013

Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

KEUTAMAAN HARI JUMAAT
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaatt, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya."
1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari hari-hari
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat." (Hadis Riwayat Ahmad)
2. Waktu yang mustajab untuk berdo'a
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari jumaat lalu beliau Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta'ala, nescaya permintaannya akan dikabulkan." Lalu beliau memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Namun mengenai penentuan waktu, para ulama berselisih pendapat. Di antara pendapat-pendapat tersebut ada 2 pendapat yang paling kuat:
i. Waktu itu dimulai dari duduknya imam sampai pelaksanaan solat jumaat
Dari Abu Burdah bin Abi Musa Al-Asy'ari r.a. bahawa 'Abdullah bin 'Umar r.a. berkata padanya, "Apakah engkau telah mendengar ayahmu meriwayatkan hadis dari Rasulullah sehubungan dengan waktu ijaabah pada hari jumaat?" Lalu Abu Burdah mengatakan, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, 'iaitu waktu antara duduknya imam sampai solat dilaksanakan.'" (Hadis Riwayat Muslim)
Imam Nawawi rahimahullah menguatkan pendapat di atas. Sedangkan Imam As-Suyuthi rahimahullah menentukan waktu yang dimaksud adalah ketika solat didirikan.
ii. Batas akhir dari waktu tersebut hingga setelah Asar
Dari Jabir bin 'Abdillah rr.a., dari Nabi s.a.w. bersabda, "Hari Jumaat itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslim pun yang memohon sesuatu kepada Allah dalam waktu tersebut melainkan akan dikabulkan oleh Allah. Maka peganglah erat-erat (ingatlah bahawa) akhir dari waktu tersebut jatuh setelah 'asar." (Hadis Riwayat Abu Dawud)
Dan yang menguatkan pendapat kedua ini adalah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, beliau mengatakan bahawa, "ini adalah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan generasi salaf dan banyak sekali hadis-hadis mengenainya."
3. Dosa-dosanya diampuni antara jumaat tersebut dengan jumaat sebelumnya
Dari Salman Al-Farisi r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya." (Hadis Riwayat Bukhari)


AMALAN-AMALAN HARI JUMAAT
1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh
Dari Abu Hurairah r.a., katanya :
"Nabi s.a.w. ketika solat Subuh membaca: "ALIF LAAM MIIM TANZIIL AS-Sajadah (Surah As-Sajadah), dan 'HAL ATAA 'ALAL INSAANI HIINUM MINAD DAHRI (Surah Al-Insaan)." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Memperbanyakkan selawat
Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Perbanyaklah selawat kepadaku setiap hari Jumaat kerana selawat umatku akan dipersembahkan untukku pada hari Jumaat, maka barangsiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya denganku." (Hadis Riwayat Baihaqi dengan sanad shahih)
3. Membaca surat Al Kahfi
Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diberikan cahaya baginya diantara dua jumaat." (Hadis Riwayat Al-Hakim dan Baihaqi dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)
4. Memperbanyak do'a 
5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)
  • Mandi, bersiwak, dan memakai wangi-wangian.
  • Bergerak awal ke masjid.
  • Diam mendengarkan khatib berkhutbah. 
  • Memakai pakaian yang terbaik. 
  • Melakukan solat sunnah selama imam belum naik ke atas mimbar.
Manfaatkan kelebihan hari Jumaat ini dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut dalam hadis-hadis di atas.
Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.
Allah s.w.t berfirman :
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Imran:31)
Jom amalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w.! ^_^
- Artikel iluvislam.com

Salam Ta'aruf .. ^__^


La Takhaf Wa La Tahzan Innallaha Ma'ana . Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati . Sesungguhnya Allah ada bersama kita :')

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...

sebelum nya ,, saya mohon kpd blogger2 yg lebih profesional dpd sy utk menegur jika ad sebarang kesilapan sepanjang sy berkecimpung di dlm dunia penulisan blog ini .. hihi,, sy ni budak baru belajar .. ad salah tegur ye ,, mohon tunjuk ajar blogger2 yg profesional ye ..

semoga segala ilmu yg sy kongsikan ini memberi manfat kpd semua .. ^___^
jika ada kesilapan tolong tegur2 ye .. sy bersedia menerima teguran semua ..

nama penuh Hamlia Binti Zakree ,, dilahirkan pada 2 Februari 1995 ,,
Lahir di Sarawak ,, merupakan anak sulung daripada 3 org adik beradik . 
 sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah. amik kos Pengajian Melayu Pendidikan Rendah. Ambilaln Jun utk PPISMP 2013..

^_^




Hakikat Sebuah Kehidupan

Hidup kita ibarat sebuah roda ,,, ada masa nya kita berada di atas , dan ada kala nya juga kita berada di bawah ... kadang2 kita x berganjak untuk beberapa ketika waktu ...

Tak semua yg kita harapkan dlm hidup ini akn menjadi kenyataan .. kadang kita terfikir kita cukup bijak merancang ,, namun jangan lupa ,, kita ada perancang terhebat ,, x seorang pn mampu menandingi kehebatanNya dlm merancang dan menyusun atur segala perjalanan hidup hambaNya ... DIAlah ALLAH .. The Great Planner ... ^__^

teringat suatu ketika di zaman persekolahan ,, ada problem je mesti dtg jumpa guru kaunseling ... yg best nye ,, guru kaunseling kita tu dia selalu pesan ,, kembali kpd fitrah ,, kembali kepada ALLAH ,, dulu x faham pun apa sbb cikgu ckp mcm tu ..
Alhamdulillah ,, sekarang, bila usia dh semakin meningkat , diri pun dh menjadi semakin matang ,, sy mula faham knpa beliau sering mengucapkan kata2 tersebut ,,,

kembali kepada ALLAH ....
setiap persoalan dlm hidup kita ,, ALLAH dh jwb dalam Al-Quran ... knpa kita mls nk cari ea?? sy sendiri pun mls nk cari ... tp sekarng, bila dh tahu,, bersungguh2 pulak mencari,memahami,mendalami ,,,
ni antara soklan lazim kita tanya kt ALLAH time kta doa ...


KITA BERTANYA: KENAPA AKU
DIUJI?
QURAN MENJAWAB::"Apakah manusia itu mengira
bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah
beriman," ("I am full of faith to
Allah") sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya Kami
telah menguji org2 yg sebelum
...
mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar
dan, sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA: KENAPA AKU
TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-
IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB::"Boleh jadi kamu membenci
sesua tu padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi pula
kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu
tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN
SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB::"Allah tidak membebani
seseorang itu melainkan sesuai
dengan
kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA: KENAPA RASA
FRUST?
QURAN MENJAWAB"Jgnlah kamu bersikap lemah,
dan jgnlah pula kamu bersedih
hati, padahal kamulah org2 yg
paling tinggi darjatnya, jika
kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA: BAGAIMANA
HARUS AKU
MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB"Wahai orang-orang yang
beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran
dalam mengerjakan perkara-
perkara yang berkebajikan) ,
dan kuatkanlah kesabaran
kamu lebih daripada kesabaran
musuh, di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-
daerah sempadan) serta
bertaqwalah (be fearfull of Allah
The Almighty) kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA: BAGAIMANA
HARUS AKU
MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB"Dan
mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu
amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA: APA YANG
AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB"Sesungguhnya Allah telah
membeli dari org2 mu'min, diri,
harta mereka
dengan memberikan syurga utk
mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA
AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB"Cukuplah Allah bagiku, tidak
ada Tuhan selain dari Nya.
Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA: AKU TAK
DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB"... ....dan jgnlah kamu berputus
asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”
— Ustaz Azhar Idrus