Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ..
AhLan Wa SahLan ! SaLam UkhWah !

Tuesday, August 20, 2013

AlBi Nadak

 
 
Albi Nadak
Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek

hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak

Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek

hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

Translated into Bahasa Melayu

Albi Nadak by Fares

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu

Kebenaran milik Allah, bukan di Barat bukan di Timur

Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja ... - Surah Toha, ayat 72

TG Nik Abdul Aziz Nik Mat,
20 Ogos 2013

Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Sunday, August 4, 2013

~~ Panduan Sebelum Beraya Buat Kaum Adam & Juga Hawa ..

Raya nak dekat dah ni ... masa raya nanti mesti sanak saudara , sahabat handai datang berkunjung .... 

Dengan siapa saya WAJIB berHIJAB dan HARAM berSALAM ?? 

Buat Kaum Hawa ,, jangan runsing ,, jangan pening ,, ni haaa ,, ana sediakan panduan utk kita .. baca dan fahami elok2 sebelum beraya ye ,,, ^_^




untuk Kaum Adam Pulak ,, tahu dah ke dengan siapa antum BOLEH berSALAM nanti ???

tengok elok-elok ye ,, penting ni ,,, ! ^_^



okey ,, sebelum beraya tu ,, baca balik nota2 ni ye kawan2 ,, ^_^ bermanfaat ni ,,, 

okey ,, sekian sahaja dari ana ,, coretan qalam bernoktah disini ,, sebelum undur diri ,, ana ucapkan Selamat Berhari Hari Raya buat semua kaum Muslimin dan Muslimat ,, tak kira dimanapun antum berada,, ^_^


Ucapan Raya YDP JPP IPG Kampus Sultan Abdul Halim  ,, 
 Akhi Abdul Wafi Abdullah ,, 


sekian ,, wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,, 



Thursday, July 25, 2013

~~ Ukhuwah Semanis Epal ~~

bismillahirahmanirahin ,,,
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...


sekian lama ana menyepikan diri ... kini ana kembali semula ,, alhamdulillah ,, di pertengahan bulan Ramadhan yg penuh berkat ini ,, ana kembali mencoretkan qalam ana ,,, 

alhamdulillah ,, sudah 3 minggu ana menjadi penuntut di IPSAH ( Institut Perguruan Sultan Abdul Halim) ..
ana amik opsyen Bahasa Melayu Pendidikan Rendah ,, :) hihihihih ,, antara subjek yg ana x berapa nak suka ,, hiiihihihihihi ... 

alhamdulillah ,, selama ana menetap di Bumi Kedah Darul Aman ini,, ana telah dipertemukan ALLAH dgn saudara2 yg baik hati, penyayang ,, sudi membimbing dan memberikan nasihat ..

disini juga ana telah bertemu kawan2 baru ,, terdiri daripada pelbagai kaum, agama ,,, bangsa ,, tapi mereka semua menerima ana seperti keluarga sendiri ,, bagus budak2 kelas ana ni,, kita satu keluarga kata mereka ,,, 

Wednesday, May 29, 2013

AhLaN Wa SaHLaN MohamAd Zaim ! ^__^

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,, 

ana nak kongsi cite ni ,, ana dapat sepupu baru ..
alhamdulillah ,, 18 mei yg lalu mak saudara ana selamat melahirkan cahaya mata kedua,, seorang mujahid yg diberi nama Mohamad Zaim bin Mohamad Izzad ,, seberat 2.9kg ,, alhamdulillah semua berjalan lancar ,, walaupun masa kelahiran ni ana kt sekolah ,, huhuhu,, ana x ketinggalan utk mendapatkan perkhabaran baik ini,, segala puji di panjatkan kepada ALLAH swt ,, ^_^
begitu indah ciptaan ALLAH ,, PERFECT ! 
mohamad zaim bin mohamad izzad 
patah tumbuh , hilang berganti ,,, pemergian arwah tok sedare ana tahun lalu , ALLAH gantikan dengan kelahiran Zaim ,, ana dapat lihat sinar bahagia dalam rumah mereka ,, alhamdulillah ,, syukur ,, ^__^



Zaim kena tahan kt wad sebab kuning ,, huhu ,, sian ,, ana di fahamkan Zaim masa ni baru berusia 3 hari
rasa nye ,, baru semalam ana sempat menziarah Zaim ,, huhuhu,, ana ni walaupun duk sebelah rumah je ,, tapi kekadang tu berat jugak kaki ni berjalan ke sebelah ,, huhu ,, alhamdulillah ,, mase ana ziarah zaim semalam ,, kuning dier dh hilang sikit2 dh ,, alhamdulillah ,,

satu yg ana suke ngn dak Zaim nih ,, dier baik,, x banyak meragam ,, x menyusahkn mama dier ,, alhamdulillah ,, untunglah mama dier ,, semoga akan teus jadi anak yg baik ye Im ,, :) 

ana x tau kenapa ,, ana excited sangat mase jumpe Zaim nih ,, mula2 tu ana tgk dr jauh je ,, huhu,, wat lawak je ,,sedaya upaya ana control diri dari perasaan excited tu,, huhu,, ana geram sangat nk gendong Zaim ,,
tapi ,, ana tahan dulu perasaan tu ,, sabar jap ,, ana join adik2 praktis men kompang ,,, 

tada ! masa yg di tunggu2 sudah tiba ,, ana pun pergi kat Zaim ,, dan ,, ana pun bagi salam kat dier .,, hihi ,, dah jadi kebiasaan ,, jumpe baby mesti ana bagi salam ,,  

best dapat gendong baby,, ana rasa lain sangat time gendong baby ,, 1st time gendong baby yg usia x sampai 1 bulan ,, perasaan yg sukar ana tafsirkan ..teringat ana satu hadis yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari r.a , masa baby dalam ribaan kita ,,baca doa ni "Ya ALLAH ya Tuhanku,, kurniakanlah kasih sayangMu kepadanya , kerana sesungguhnya aku menyayanginya"

hah ,, lagi satu ,, antum perasan x masa kita cium baby ,, kita dapat bau wangian dari baby tu ,, bau wangi baby tu lain sgt ,,bau wangi tu mendamaikan ,, ana baru perasan masa ana cium Zaim ,, ana pun rujuklah kat sahabat ana ni ,, beliau pun cakap kat ana ..

nak tau tu bau wangian apa? 

Dalam hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Imam Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW pernah bersabda : "Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga"

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani : Rasulullah SAW pernah bersabda: "Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA"
Allah Allah Allah... Indahnya ciptaan-MU ini.

sahabat ana ni pun cakap ,, bau wangi tu lama kelamaan akan hilang ila baby tu dh besar dari bulan ke bulan ,, ALLAHU RABBI ,, 

SPEECHLESS !! 
subhanALLAH ,, Sungguh hebat ALLAH ! tiada apa yg mampu menandingi kehebatanNYA .. sungguh ,, ana bener2 kehilangan kata saat mengetahui bau wangi dari baby tu adlah wangian dari syurga ,, 

huhuhu ,, sempat lagi nak posing .. ^_^



baru balik hospital kot ,, sedap nye dier tidur

zaim ,, akak berdoa semoga Zaim menjadi anak yg soleh ,, semoga suatu masa nanti Zaim tergolong dalam golongan mereka yg berjihad memperjuangkan agama ,, ^_^ jadilah hamba ALLAH yg memberi manfaat utk semua sayang.. 
nama kamek Zaim .. ^_^
sekian dulu .. :) 



Saturday, May 25, 2013

sepetang bersama mereka ~~ ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ... ^_^

ana nak kongsi sikit .... ^__^

pemandangan dari Taman Panorama Benak


hobi kami ,, menikmati dan menghayati keindahan alam ciptaan ALLAH swt .. 
terima kasih utk abang senior yg sudi jadi photographer kami petang Jumaat lepas ,, Brother Wan & Brother Yan ... ^_^

Taman Panorama Benak terletak di tengah2 bandar Sri Aman ,, betol2 kt tebingan sungai Batang Lupar ,, sesiapa yg datang ke Sri Aman ,, meh la singgah kt sini ,, x perlu tunggu Pesta Benak kalo nak tengok benak sebab hari2 ada benak ,, ^_^

photographer ana ,, Brother Wan & Brother Yan  ^_^

maaf ye dah menyusahkan ,,, by the way ,, Thanks , Good Job !


^_^


^_^

ok ,, ni je buah tangan dari ana .. ^_^